Thursday, March 6, 2014

MENTERI BESAR HADIR DI MAJLIS ANUGERAH BIASISWA KECIL YTSP

KANGAR ( 6 MAC 2014) : Menteri Besar, Tuan Azlan Man selaku Exco Pendidikan Negeri Perlis menghadiri majlis Anugerah Biasiswa kecil Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail peringkat sekolah –sekolah rendah bagi tiga kawasan parlimen di Perlis iaitu Parlimen Kangar, Parlimen Arau dan Parlimen Padang Besar, hari ini.
 Majlis penyampaian anugerah tersebut bermula 9.00 pagi di Sekolah Kebangsaan Sena bagi sekolah-sekolah rendah kawasan Parlimen Kangar di mana seramai 12 murid terpilih dari sekolah-sekolah  terbabit dari kawasan parlimen itu menerima anugerah masing-masing daripada YTSP  yang disampaikan oleh DYTM Raja Muda Perlis.
Menteri Besar kemudian ke Sekolah Rendah Kubang Gajah untuk majlis penyampaian anugerah yang sama bagi peringkat Parlimen Arau diikuti serupa bagi peringkat Parlimen Padang Besar di Sekolah Kebangsaan Oran, Mata Ayer, dekat sini.
Turut sama DYTM Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil, Ahli Parlimen Kangar, Ir Shaharuddin Ismail, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Hussin, Pengarah Pelajaran Perlis, Encik Don Kasa dan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abd Rahman Noordin dan para Guru Besar sekolah-sekolah terbabit.  
End.







No comments:

Post a Comment