ARAU (17 Mac 2014): Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man harap rakyat
negeri ini tidak terlalu mudah menerima andaian berhubung isu pesawat
MH370 yang hangat diperkatakan sekarang.
Beliau berkata, pelbagai andaian tidak berasas tersebar melalui media
internet atau laman social oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk
mengeruhkan lagi keadaan.
“ Tunggu sehingga pengesahan sahih dan rasmi daripada Kerajaan Malaysia
berhubung pesawat MH370 ini,” katanya dalam perjumpaan ramah mesra bersama
penduduk di Kampung Rambai, Pauh dekat sini kelmarin.
Turut sama pada majlis perjumpaan itu ialah Yang Dipertua BAIDUNITA,
Puan Nor Aswana Omar yang juga isteri Menteri Besar, Setiausaha Politik
Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad, Setiausaha Sulit Menteri Besar,
Encik Herwadey Hashim dan Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Komuniti
(UPK) Peiabat Menteri Besar, DSP(B) Hassan Othman.
Katanya, orang ramai boleh menerima setiap andaian dalam media sosial
berhubung kehilangan pesawat MH370 sebagai benar sehingga kenyataan
rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Menteri Besar turut meminta orang ramai termasuk penduduk di Kampung
Rambai supaya sentiasamendoakan keselamatan pesawat serta penumpang
MH370.
Pada majlis perjumpaan itu beliau juga memberi penjelasan berhubung
kenaikan harga barang, pemansuhan subsidi tertentu dan sistem percukaian
kerajaan.
No comments:
Post a Comment