YAB Tuan Azlan Man menghadiri Kem Kesihatan Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis pada 30 Mac 2014
Sunday, March 30, 2014
Friday, March 28, 2014
MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 1435H/2014M
YAB Tuan Azlan Man menghadiri Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perlis yang dirasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Tuesday, March 18, 2014
MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN PTSS KE 8
YAB Tuan Azlan Man dan Isteri, Puan Nor Aswana Omar menghadiri Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ke 8
Monday, March 17, 2014
KONVOI KEMBARA BUMI SUCI KE MEKAH 2014
ARAU (5 Mac 20140) : Seramai 12 peserta dari kelab motosikal berkuasa tinggi SAM memulakan konvoi ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah melalui Thailand, kelmarin.
Peserta Kembara Bumi Suci ini terdiri lapan penunggang motosikal dan empat menaiki caravan membawa berbagai kelengkapan sokongan bertolak melalui dari Perlis melalui Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan memasuki Thailand menerusi pekan Danok.
Pelepasan konvoi Kembara Bumi Suci ini disempurnakan bersama oleh Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man danRektor UiTM Perlis, Prof. Datuk Ahmad Ridzuan di Kampus UiTM Perlis di sini, kelmarin.
Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad yang kemudian mengiringi peserta konvoi berkenaan sehingga ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dan melepasi sempadan Malaysia-Thailand melalui Danok.Perjalanan mereka dijangka memakan masa 55 hari.
JANGAN TERPENGARUH TENTANG ANDAIAN MH370
ARAU (17 Mac 2014): Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man harap rakyat
negeri ini tidak terlalu mudah menerima andaian berhubung isu pesawat
MH370 yang hangat diperkatakan sekarang.
Beliau berkata, pelbagai andaian tidak berasas tersebar melalui media
internet atau laman social oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk
mengeruhkan lagi keadaan.
“ Tunggu sehingga pengesahan sahih dan rasmi daripada Kerajaan Malaysia
berhubung pesawat MH370 ini,” katanya dalam perjumpaan ramah mesra bersama
penduduk di Kampung Rambai, Pauh dekat sini kelmarin.
Turut sama pada majlis perjumpaan itu ialah Yang Dipertua BAIDUNITA,
Puan Nor Aswana Omar yang juga isteri Menteri Besar, Setiausaha Politik
Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad, Setiausaha Sulit Menteri Besar,
Encik Herwadey Hashim dan Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Komuniti
(UPK) Peiabat Menteri Besar, DSP(B) Hassan Othman.
Katanya, orang ramai boleh menerima setiap andaian dalam media sosial
berhubung kehilangan pesawat MH370 sebagai benar sehingga kenyataan
rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Menteri Besar turut meminta orang ramai termasuk penduduk di Kampung
Rambai supaya sentiasamendoakan keselamatan pesawat serta penumpang
MH370.
Pada majlis perjumpaan itu beliau juga memberi penjelasan berhubung
kenaikan harga barang, pemansuhan subsidi tertentu dan sistem percukaian
kerajaan.
Disamping menyampaikan penjelasan tersebut Menteri Besar membuka sesi bersoal jawab dengan para penduduk berkaitan masalah dihadapi oleh penduduk.Sempena program perjumpaan itu Menteri Besar juga berkesempatan menziarahi seorang penduduk yang terlantar sekian lama di rumah akibat penyakit kanser payudara dihidapinya.
Sunday, March 16, 2014
LARIAN BATON SUKMA PERINGKAT N11 DUN PAUH
AB Tuan Azlan Man menyertai larian baton SUKMA Perlis, di UNIMAP Ulu Pauh dan meneyrahkan kepada ADUN Tambun Tulang, Dato' Ismail Kassim
Thursday, March 6, 2014
MENTERI BESAR HADIR DI MAJLIS ANUGERAH BIASISWA KECIL YTSP
KANGAR ( 6 MAC 2014) : Menteri Besar, Tuan Azlan Man selaku Exco Pendidikan Negeri Perlis menghadiri majlis Anugerah Biasiswa kecil Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail peringkat sekolah –sekolah rendah bagi tiga kawasan parlimen di Perlis iaitu Parlimen Kangar, Parlimen Arau dan Parlimen Padang Besar, hari ini.
Majlis penyampaian anugerah tersebut bermula 9.00 pagi di Sekolah Kebangsaan Sena bagi sekolah-sekolah rendah kawasan Parlimen Kangar di mana seramai 12 murid terpilih dari sekolah-sekolah terbabit dari kawasan parlimen itu menerima anugerah masing-masing daripada YTSP yang disampaikan oleh DYTM Raja Muda Perlis.
Menteri Besar kemudian ke Sekolah Rendah Kubang Gajah untuk majlis penyampaian anugerah yang sama bagi peringkat Parlimen Arau diikuti serupa bagi peringkat Parlimen Padang Besar di Sekolah Kebangsaan Oran, Mata Ayer, dekat sini.
Turut sama DYTM Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil, Ahli Parlimen Kangar, Ir Shaharuddin Ismail, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMap), Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Hussin, Pengarah Pelajaran Perlis, Encik Don Kasa dan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abd Rahman Noordin dan para Guru Besar sekolah-sekolah terbabit.
End.
Monday, March 3, 2014
MESYURAT AGUNG PIBG SMK DATO' SHEIKH AHMAD KALI KE 40
YAB Tuan Azlan Man merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato' Sheikh Ahmad keli ke-40.Beliau turut merasmikan van sekolah sumbangan PIBG
Subscribe to:
Posts (Atom)