Katanya, ibu bapa wajar menyokong langkah pihak sekolah untuk mengambil tindakan terhadap para pelajar yang ponteng sekolah kerana dibimbangi ada dikalangan mereka yang terbabit dengan gejala sosial yang lebih teruk lagi termasuk mengambil dadah, ketom atau pil khayal serta pembabitan dengan jenayah.
Menteri Besar Perlis itu meyatakan kebimbangannya berhubung gejala ponteng sekolah ini semasa berucap paa majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-32 SMK Kuala Perlis dekat sini, hari ini.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Perlis, Haji Mat Hassan, Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad,Pengetua SMK Kuala Perlis, Haji Abidin Hussin, Pengerusi PIBG, Encik Ramli Berahan dan wakil Pengarah Pendidikan Perlis, Encik Mohd. Hakim Khan Rim Khan.
Sejurus kemudian, Menteri Besar ke Kampong Wai di sini menyaksikan aktiviti menimba telaga ikan oleh penduduk setempat bersama warga Baitulmal Perlis termasuk Ketua Pegawai Eksikutifnya, Haji Abdul Malik Hussin.
Beliau juga turut meraikan para penuntut UiTM Perlis yang menyertai aktiviti bergotong-royong bersama penduduk di Kuala Perlis dengan bergambar kenangan bersama mereka.
Manakala pada 3.30 petang pula beliau menziarahi satu keluarga di Kampong Bengor Kudung, Sanglang kira-kira 16 kilometer dari sini yang ditimpa bencana kebakaran awal pagi tadi dan menyebabkan keluarga terbabit tinggal sehelai sepinggang.
Keluarga tersebut yang tinggal menyewa di rumah berkenaan menerima bantuan serta merta berupa keperluan makanan dan wang tunai daripada Pejabat Menteri Besar disamping diber kemudahan tempat tinggal sementara.
Mesyuarat Agung PIBG ke-32 SMK Kuala Perlis
Meraikan Pelajar UiTM yang Menyertai Aktivti Gotong-Royong
Melihat aktiviti menimba telaga
No comments:
Post a Comment