Monday, February 3, 2014

AHMAD HUSSIN ANGKAT SUMPAH YDP MPK YANG BARU

KANGAR (3 FEBRUARI 2014) :  Bekas Ahli Dewan Negara (Senator), Haji Ahmad Hussin, 65 hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang baru berkuatkuasa  hari ini.
Beliau mengangkat sumpah pada majlis penerimaan sebagai YDP MPK di hadapan Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man di  Pejabat Menteri Besar, Aras 3, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), Persiaran Wawasan , Seriab di sini hari ini.

Haji Ahmad Hussin yang akan memulakan tugas nya secara rasmi di MPK esok ( 4 Februari 2014)  mengisi  jawatan yang dikosongkan oleh Haji Rosley Mat kerana telah  tamat  kontrak akhir 2013 lalu.











No comments:

Post a Comment