Sunday, February 23, 2014

AKTIVITI MENTERI BESAR PERLIS 22 FEBRUARI 2014

KANGAR(22 Febuari 2014) : Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man mengajak ibu bapa dan guru sama-sama menangani masalah ponteng sekolah yang dianggap serius di Sekolah Menengah Kuala Perlis sejak kebelakangan ini. m

Katanya, ibu bapa wajar menyokong langkah pihak sekolah untuk mengambil tindakan terhadap para pelajar yang ponteng sekolah kerana dibimbangi ada dikalangan mereka yang terbabit dengan gejala sosial yang lebih teruk lagi termasuk mengambil dadah, ketom atau pil khayal serta pembabitan dengan jenayah.

Menteri Besar Perlis itu meyatakan kebimbangannya berhubung gejala ponteng sekolah ini semasa berucap paa majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-32 SMK Kuala Perlis dekat sini, hari ini.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Perlis, Haji Mat Hassan, Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad,Pengetua SMK Kuala Perlis, Haji Abidin Hussin, Pengerusi PIBG, Encik Ramli Berahan dan wakil Pengarah Pendidikan Perlis, Encik Mohd. Hakim Khan Rim Khan.

Sejurus kemudian, Menteri Besar ke Kampong Wai di sini menyaksikan aktiviti menimba telaga ikan oleh penduduk setempat bersama warga Baitulmal Perlis termasuk Ketua Pegawai Eksikutifnya, Haji Abdul Malik Hussin.

Beliau juga turut meraikan para penuntut UiTM Perlis yang menyertai aktiviti bergotong-royong bersama penduduk di Kuala Perlis dengan bergambar kenangan bersama mereka.

Manakala pada 3.30 petang pula beliau menziarahi satu keluarga di Kampong Bengor Kudung, Sanglang kira-kira 16 kilometer dari sini yang ditimpa bencana kebakaran awal pagi tadi dan menyebabkan keluarga terbabit tinggal sehelai sepinggang.

Keluarga tersebut yang tinggal menyewa di rumah berkenaan menerima bantuan serta merta berupa keperluan makanan dan wang tunai daripada Pejabat Menteri Besar disamping diber kemudahan tempat tinggal sementara.

Mesyuarat Agung PIBG ke-32 SMK Kuala Perlis






Meraikan Pelajar UiTM yang Menyertai Aktivti Gotong-Royong



Melihat aktiviti menimba telaga



Thursday, February 20, 2014

KUNJUNG HORMAT MENTERI KERJA RAYA KEPADA YAB MENTERI BESAR PERLIS


  Kangar (20 Februari 2014) – Hari ini Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Azlan Man menerima 
kunjung hormat Menteri Kerja Raya (KKR) Malaysia, YB Datuk Fadillah Yusof sempena 
Lawatan Kerja ke negeri ini.
  Turut serta ialah Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Pengarah JKR, 
YBhg. Dato’ Seri  Ir. Hj. Mohd Noor Yaacob, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, 
YB Tuan Romli Dai, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XVII, 
Tuan Hj. Radzi Shaari dan Setiausaha Politik KKR, YBrs. Tuan Fazzrudin Abdul Rahman.
  Sepanjang lawatan YB Datuk Fadillah ke Perlis,  beliau telah melawat tapak-tapak projek 
pembinaan kemudahan SUKMA 2014 di Kompleks Sukan Negeri dan Sungai Batu Pahat. 
Beliau juga melawat Projek Menaiktaraf Jambatan Syed Putra, Kuala Perlis.







YAB TUAN AZLAN MAN PENGERUSIKAN MESYUARAT JAWATANKUASA MMK PENERANGAN NEGERI PERLIS

KANGAR ( 20 FEBUARI 2014) :  Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man hari ini mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Jawatankuasa Majli Mesyuarat Kerajaan (MMK) Penerangan Negeri Perlis di Bilik Gerakkan, Aras 3, Komplek Dewan Undangan Negeri.


Mesyuarat yang bermula pada 9.30 pagi itu turut dihadiri Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Senator Mohd. Khalid Ahmad, Pengarah Penerangan Perlis, Encik Mohd. Lokman Mahmud, Pengarah Perpaduan Negara Integrasi Nasional (JPNIN) Perlis, Encik Rohai Zahar Nedi, Pengarah Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Perlis, Encik Shamsuddin Mohamad, Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Perlis, Mohd. Jazli Fadzil Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Encik Herwady Hashim dan Ketua Biro BERNAMA Perlis, Zainol Abdul Jalil.