Friday, December 20, 2013

TERNAKAN KELULUT BANTU JANA PENDAPATAN


KANGAR, 20 DISEMBER – Kerajaan negeri Perlis berhasrat menjadikan penternakan lebah kelulut sebagai asas kepada pembangunan negeri seiring dengan Dasar Agro Makanan Negara, kata Menteri Besar, Tuan Azlan Man.
Beliau berkata, disamping usaha kerajaan pembabitan pihak swasta dalam usaha bidang penternakan ini  akan menjana perolehan rakyat terutama dikalangan pengusaha berkenaan.
Menurut beliau, sebagaimana dimaklumkan lebah  ` meliponini ’ ialah sejenislebh tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti yangdihasilkan lebah madu.
Katanya, madu lebah kelulut ini agak sedikit masam berbanding rasa madu lebah sebenarnya namunbegitu khaliatnyamelebhi madu lebah.,
Menteri Besar menyempurnakan majlis penutup Kursus Asas Ternakan Lebah Kelulut anjuran bersama Majlis Pembangunan Pertanian (MPP) Parlimen Kangar dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bintong di sini, semalam.
Turut hadir Ahli Parlimen Kangar, Ir Shaharuddin Ismail selaku Pengerusi MPP Parlimen Kangar dan Pengurus PPK Bintong Rushan Abd. Raof.
End.




No comments:

Post a Comment