Friday, December 13, 2013

SEPETANG MB DI ALOR TOK TERANG, KAYANG

Kangar (12 Dis 2013) : Menteri Besar Azlan Man menziarahi orang kurang upaya (oku) serta warga emas yang uzur di Kampung Alor Tok Terang, Kuala Perlis, dekat sini semalam.
Azlan menaiki motosikal  ketika menziarahi rumah ke rumah untuk bertemu sendiri bagi mendekati mereka yang berkenaan.

Dalam lawatan bersama Ketua Umno Cawangan kampung tersebut Mohd Yusri Yusof, mereka menerima sumbangan makanan keperluan asas serta wang saku manakala sebuah  kerusi roda kepada pesakit lumpuh.

Menurut Mohd Yusri, program ziarah ini merupakan antara aktiviti khidmat sosial anjuran cawangan  berkaitan sebagai langkah membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
Katanya, sumbangan yang diberikan tidak seberapa tetapi sebagai tanda  ingatan  pihak UMNO cawangan tersebut kepada mereka yang layak menerimanya.
Ends.   

YAB Tuan Azlan Man membonceng motsikal bersama Pegawai Khas MB, Encik Ariff Asmadi semasa melawat Kampung Alor Tok Terang

YAB Tuan Azlan Man menyumbang bantuan kerusi roda kepada pesakit di Kampung Alor Tok Terang 

YAB Tuan Azlan Man memberi sedikit sumbangan kepada warga emas 

YAB Tuan Azlan Man duduk berbual bersama seorang nenek setelah memberi bantuan

Konvoi YAB Tuan Azlan Man memasuki kampung Alor Tok Terang 





No comments:

Post a Comment