PUTERI KANGAR KUNJUNG HORMAT MB
KANGAR, 10 JANUARI – Seramai 24 ahli jawatankuasa (AJK) Puteri UMNO Bahagian Kangar
mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar,
Tuan Azlan Man di Aras 3 Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini,
hari ini.
Menurut Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Kangar,
Hasmawati Abdul Hamid, kunjungan hormat kira-kira satu jam 45 minit itu diketuai oleh Ketua Puteri UMNO
Bahagian Kangar, Puan Armizadonna Mohd. Radzi berlangsung
dalam suasana mesra.
Turut sama ialah Setiausaha Politik Mneteri Besar,
Senator Mohd. Khalid Ahmad.
Hasmawati berkata, kunjungan itu merupakan julung kali oleh
Puteri UMNO Bahagian Kangar setelah Azlan dilantik Menteri
BesarPerlis selepas memenangi kerusi kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Pauh pada pilihanraya umum lalu.
Puteri UMNO Bahagian Kangar Mengucapkan tahniah atas
perlantikan tersebut yang kini telah lapan bulan Azlan mengetuai
pentadbiran kerajaan negeri Perlis.
Pada masa yang sama Puteri UMNO Bahagian Kangar juga turut
mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar yang turut memenangi
pemilihan sebahagian Ketua UMNO Bahagian Kangar pada
pemilihan parti Oktober lalu.
Sehubungan dengan kunjungan hormat oleh Puteri UMNO
Bahagian Kangar itu, Azlan berharap seluruh ahli pergerakan itu
di negeri ini dapat bersatu padu dan sentiasa bersabar menghadapi
setiap ujian Allah dalam perjuangan politik. - Oleh : NanaDiyana
No comments:
Post a Comment