Thursday, January 30, 2014

MAJLIS PENYERAHAN PELEKAT KENDERAAN KEPADA KETUA-KETUA JABATAN & AGENSI KERAJAAN NEGERI PERLIS DI DATARAN KOMPLEKS DUN


YAB Tuan Azlan Man menyerahkan pelekat kepada
En. Mohamad Lukman Mahmud, Pengarah Penerangan Perlis

YAB Tuan Azlan Man menyerahkan pelekat kepada
 En. Rahmad Md Noh, Pengarah Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Perlis

YAB mempamerkan pelekat Perlis Maju 2015

YAB melekatkan pelekat Perlis Maju 2015 di salah sebuah teksi.

YAB melekatkan pelekat Perlis Maju 2015 di salah sebuah teksi.

Bergambar kenangan bersama YAB Tuan Azlan Man, Menteri Besar Perlis..

Thursday, January 23, 2014

MB NASIHAT MUSNAHKAN POKOK KETUM


SANGLANG, 23 Januari – Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man kecewa sikap segelintir penduduk 
di negeri  ini yang giat menanam pokok ketum sebagai pendapatan sampingan disebalik untuk 
tujuan perubatan.
Menurut beliau, tidak seperti di zaman orang tua-tua dahulu ketum atau dikenali juga sebagai pokok 
biak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit tertentu dengan meminum air daripada daun berkenaan.
“ Saya difahamkan air daun biak atau ketum mujarab untuk merawat kanak-kanak yang dihinggapi cacing dalam perut,” katanya ditemui selepas melawat rumah beberapa 
penduduk yang memerlukan bantuan di kampung Jawi Seratus, Sungai Padang di kawasan 
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, semalam.  
Azlan menaiki motosikal bersama penduduk untuk meninjau sendiri rumah kediaman penduduk 
terbabit dan bertemu ketua keluarga terbabit bagi mendekati masalah sebenar yang mereka hadapi 
berhubung keadaan rumah masing-masing.
Beliau juga turut dimaklumkan oleh pihak Baitulmal Negeri Perlis bahawa terdapat sebanyak 11 keluarga 
di kampung tersebut memohon untuk dibaik pulih rumah mereka disamping tiga buah rumah dibina baru.
Turut sama ialah Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad, Pegawai Baitulmal 
kawasan Parlimen Arau, Mohamad Radzi, Pegawai Khas (Kebajikan ) Menteri Besar, Ariff Asmadi 
Ariffin dan Ketua UMNO Cawangan Jawi Seratus, Rasul Raahimi.
Bagaimanapun, Menteri Besar Perlis agak terkejut apabila mendapati  di sekeliling salah sebuah 
rumah penduduk di kampung yang dilawatinya semalam terdapat pokok-pokok ketum yang ditanam  sebagai sumber `pendapatan’ tambahan .
Tegas Azlan, beliau tidak mahu Perlis nanti terkenal sebagai negeri `pengeksport’ ketum berikutan 
sudah terdapat banyak laporan berita di media cetak dan media elektronik mengenai aktiviti peryeludupan
 daun ketum di kawasan bersempadan Perlis dengan wilayah selatan Thailand.
Beliau menegaskan, aktiviti penyeludupan ketum ini berleluasa kerana daun ketum mendapat pasaran
 tinggi di Negara jiran Thailand walaupun Negara tersebut mengharamkannya.  
 Beliau diberitahu salah seorang penduduk bahawa pokok-pokok ketum itu milik seorang penduduk yang kini sudah berpindah ke Kuala Lumpur.
Sehubungan dengan itu, Azlan menasihati penduduk di negeri ini terutama di kawasan luar bandar 
supaya tidak menjadikan tanaman ketum atau biak sebagai sumber pendapatan keluarga masing-masing kerana air ketum yang telah dicampur-aduk dengan bahan-bahan lain termasuk serbuk mentol lampu atau ubat nyamuk merbahaya kepada mereka yang 
meminumnya.
“ Sebagai orang Islam kita tidak wajar meminum air ketum atau biak yang telahpun diharamkan di 
negeri ini kerana lebih kearah keburukan dan menjejaskan kehidupan mereka yang mengamalkan
 sampai ke tahap menjadi ketagih,’’ ujarnya.
Katanya, masih banyak lagi cara lain untuk menambah pendapatan keluarga di sebalik penanaman 
pokok ketum seperti mengusahakan tanaman sayur-sayuran di tanah terbiar di sekeliling rumah untuk dijual selain keperluan keluarga sendiri.




Monday, January 20, 2014

KUNJUNG HORMAT TIMBALAN MENTERI KPKT KE PEJABAT MB PERLIS

Kunjung hormat Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Datuk Halimah Mohd Sadique terhadap Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Azlan Man











KUNJUNG HORMAT SETIAUSAHA POLITIK PERDANA MENTERI KE PEJABAT MENTERI BESAR PERLIS

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Nor Hayati Onn  membuat kunjung hormat kepada Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man

YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man bergambar bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Nor Hayati Onn 

YAB Tuan Azlan Man memberi cenderahati kepada Datuk Nor Hayati Onn 



Friday, January 10, 2014

KUNJUNG HORMAT PUTERI UMNO BAHAGIAN KANGAR


PUTERI KANGAR KUNJUNG HORMAT MB
KANGAR, 10 JANUARI – Seramai 24 ahli jawatankuasa (AJK) Puteri UMNO Bahagian Kangar 
mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar, 
Tuan Azlan Man di Aras 3 Kompleks Dewan Undangan Negeri  di sini, 
hari ini.
Menurut Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Kangar, 
Hasmawati Abdul Hamid, kunjungan hormat kira-kira satu jam 45 minit itu diketuai oleh Ketua Puteri UMNO 
Bahagian Kangar, Puan Armizadonna Mohd. Radzi berlangsung 
dalam suasana mesra.
Turut sama ialah Setiausaha Politik Mneteri Besar, 
Senator Mohd. Khalid Ahmad.
Hasmawati berkata, kunjungan itu merupakan julung kali oleh 
Puteri UMNO Bahagian Kangar setelah Azlan dilantik Menteri 
BesarPerlis selepas memenangi kerusi kawasan Dewan 
Undangan Negeri (DUN) Pauh pada pilihanraya umum lalu.
Puteri UMNO Bahagian Kangar Mengucapkan tahniah atas 
perlantikan tersebut yang kini telah lapan bulan Azlan mengetuai 
pentadbiran kerajaan negeri Perlis.
Pada masa yang sama Puteri UMNO Bahagian Kangar juga turut 
mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar yang turut memenangi 
pemilihan sebahagian Ketua UMNO Bahagian Kangar pada 
pemilihan parti Oktober lalu.
Sehubungan dengan kunjungan hormat oleh Puteri UMNO 
Bahagian Kangar itu, Azlan berharap seluruh ahli pergerakan itu 
di negeri ini dapat bersatu padu dan sentiasa bersabar menghadapi 
setiap ujian Allah dalam perjuangan politik. - Oleh : NanaDiyana

Thursday, January 9, 2014

MB RASMI MESYUARAT AGUNG KE-11 MUBARAK PERLIS

MB Perlis Rasmikan Mesyuarat A gung Mubarak
KANGAR, 9 Januari – Bersara dari perkhidmatan sebagai wakil rakyat  bukan bererti meninggalkan segalanya sehingga tidak mahu lagi mencampuri sebarang urusan  berkaitan rakyat, kata Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man.  
Beliau berkata, bekas wakil rakyat harus menerima hakikat bahawa mereka masih mempunyai pengaruh serta masih disegani serta terus menjadi rujukan bagi memantapkan parti.
Menurut beliau, khidmat bekas wakil rakyat sama ada ahli dewan undangan negeri atau ahli parlimen masih dikehendaki oleh masyarakat dan para penyokong parti dalam aspek-aspek tertentu.
“ Tan Sri, Dato’ dan Tuan-Tuan bekas wakil rakyat masih berhak menyampaikan apa saja pandangan,  cadangan dan sebarang  masalah atau isu semasa yang berhubung kait dengan rakyat,” kata beliau semasa merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil, Rakyat Malaysia (Mubarak) Cawangan Negeri Perlis ke 11 di sini, semalam.
Turut hadir Pengerusi Mubarak  Cawangan Negeri Perlis, Dato’ Selamat Saad, Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad, Setiausaha Agung Mubarak Malaysia, Datuk Paduka Abd Rahman Ibrahim, Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Md Isa Sabu dan  Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Muhammad Ismail.