Tuesday, April 1, 2014

MAJLIS PENUTUP SEMINAR "MEREALISASIKAN KEPIMPINAN DINAMIK"







KUNJUNG HORMAT DARIPADA PENGERUSI MEDIA PRIMA, DATO'JOHAN JAAFAR.

Kangar, 31 Mac 2014 - Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Azlan Man hari ini menerima kunjung hormat daripada Pengerusi Media Prima, Dato' Johan Jaafar di Pejabat Menteri Besar disini.. 











Sunday, March 30, 2014

KEM KESIHATAN DI KAMPUNG SEBERANG ALOR, KUALA PERLIS

YAB Tuan Azlan Man menghadiri Kem Kesihatan Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis pada 30 Mac 2014




MESRA RAKYAT DI KAMPUNG SERIAB

YAB Tuan Azlan Man menghadiri program mesra rakyat di Kampung Seriab pada 30 Mac 2014 




Friday, March 28, 2014

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 1435H/2014M

YAB Tuan Azlan Man menghadiri Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perlis yang dirasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.









Tuesday, March 18, 2014

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN PTSS KE 8

YAB Tuan Azlan Man dan Isteri, Puan Nor Aswana Omar menghadiri Majlis Konvokesyen Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ke 8














Monday, March 17, 2014

KONVOI KEMBARA BUMI SUCI KE MEKAH 2014

ARAU (5 Mac 20140) : Seramai 12 peserta dari kelab motosikal berkuasa tinggi SAM memulakan konvoi  ke tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah melalui Thailand, kelmarin.
Peserta Kembara Bumi Suci ini terdiri lapan penunggang motosikal dan empat menaiki caravan membawa berbagai kelengkapan sokongan bertolak melalui dari Perlis melalui Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan memasuki Thailand menerusi pekan Danok.
Pelepasan konvoi Kembara Bumi Suci ini disempurnakan bersama oleh Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man danRektor UiTM Perlis, Prof. Datuk Ahmad Ridzuan di Kampus UiTM Perlis di sini, kelmarin.
Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad yang kemudian mengiringi peserta konvoi berkenaan sehingga ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dan melepasi sempadan Malaysia-Thailand melalui Danok.Perjalanan mereka dijangka memakan masa 55 hari.






JANGAN TERPENGARUH TENTANG ANDAIAN MH370

ARAU (17 Mac 2014):  Menteri Besar Perlis, Tuan Azlan Man harap rakyat 
negeri ini tidak terlalu mudah menerima andaian berhubung isu pesawat 
MH370 yang hangat diperkatakan sekarang.
Beliau berkata, pelbagai andaian tidak berasas tersebar melalui media 
internet atau laman social oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk 
mengeruhkan lagi keadaan.
“ Tunggu sehingga pengesahan sahih dan rasmi daripada Kerajaan Malaysia 
berhubung  pesawat MH370  ini,” katanya dalam perjumpaan ramah mesra bersama 
penduduk di Kampung Rambai, Pauh dekat sini kelmarin.

Turut  sama pada majlis perjumpaan itu ialah Yang Dipertua BAIDUNITA, 
Puan Nor Aswana Omar yang juga isteri Menteri Besar, Setiausaha Politik 
Menteri Besar, Senator Mohd. Khalid Ahmad, Setiausaha Sulit Menteri Besar,
Encik Herwadey Hashim dan Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Komuniti 
(UPK) Peiabat Menteri Besar, DSP(B) Hassan Othman.
Katanya, orang ramai boleh menerima setiap andaian dalam media sosial 
berhubung kehilangan pesawat MH370 sebagai benar sehingga kenyataan 
rasmi dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Menteri Besar turut meminta orang ramai termasuk penduduk di Kampung 
Rambai supaya sentiasamendoakan keselamatan pesawat serta penumpang 
MH370.

Pada majlis perjumpaan itu beliau juga memberi penjelasan  berhubung  
kenaikan harga barang, pemansuhan subsidi tertentu dan sistem percukaian 
kerajaan.

Disamping menyampaikan penjelasan tersebut Menteri Besar membuka sesi bersoal jawab dengan para penduduk berkaitan masalah dihadapi oleh penduduk.Sempena program perjumpaan itu Menteri Besar juga berkesempatan menziarahi seorang penduduk yang terlantar sekian lama di rumah akibat penyakit kanser payudara dihidapinya.